Monday, April 9, 2012

Ancaman Scam - Antara Kemajuan Teknologi dan Kejahilan Manusia

Selalu terbaca di dada akhbar berita berkaitan penipuan di Internet yang melibatkan jumlah kerugian yang besar. Kerapkali kita dapati mangsa penipuan adalah wanita yang kesunyian ataupun warga emas.
 
Penipuan seperti ini, yang dikenali sebagai Scam, merupakan satu rangkaian penipuan antarabangsa. Selalunya, jika mangsa ialah wanita, orang yang mendekati itu akan menggunakan profil palsu, dengan gambar profil yang didapati dari antah berantah (mungkin juga rakan kongsi). Individu mana tak cair bila tengok dapat bakal buah hati mat saleh! Akhirnya jerat mengena, dan mangsa penipuan akan mengalami trauma baik dari segi perasaan mahupun wang.

Kemudiannya, penipuan menggunakan "mule" ataupun "keldai" . Ini kita akan selalu lihat dewasa ini di mana email dalam Bahasa Melayu dialamatkan kepada mangsa secara rambang/terpilih di dalam region tertentu. Modus operandi - pelaburan di luar negara, harta tinggalan pemimpin perang yang tersembunyi, pewarisan harta bernilai jutaan ringgit oleh suami si janda dan bermacam lagi taktik untuk menjerat mereka yang kesempitan wang ataupun tamak.

Ada satu laman anti scam, yang dinamakan "Artist Against 419", di mana 419 ini adalah akta untuk menangani masalah berkaitan Scammer ini. Pembaca boleh merujuk maklumat lanjut mengenai Nigerian Scam di laman berkenaan.

No comments: