Saya sedang membaca buku "Practical Malware Analysis" . Buku ini diterbitkan oleh penerbit buku "geek" yang terkenal, "NoStarchPress" . Penyampaian buku ini adalah teknikal dan bersahaja. Kedua-dua pengarang bekerja di Mandiant, sebuah syarikat keselamatan komputer.
Sekiranya anda berminat dengan bidang analisis malware, saya menyarankan anda miliki buku ini sebagai pelaburan.
Buku ini bagi saya memerlukan latar belakang "intermediate" memandangkan anda perlu tahu asas sistem operasi, network dan Windows. Ia memfokuskan kepada "windows binaries" dan sekiranya anda berminat dengan mobile malware, ada buku lain yang lebih sesuai. Fokus analisis dimulakan dengan asas analisis statik dan dinamik, kemudian ke peringkat statik dan dinamik lanjutan.

Rating saya, 4.5/5
Kurang 0.5 sebab tiada DVD disertakan untuk hands-on lab pada setiap akhir bab.
No comments:
Post a Comment